Wednesday 14 December 2016

First Niece

Assalamualaikum w.b.t

Awal bulan November yang lepas, aku dikurnaikan anak buah yang pertama. Namanya Nur Aisha Faiha . Ecah (nama manja) ni anak sulung abang aku yang kedua (Angah) . Angah baru jer nikah 
11 November 2015, Ecah lahir pada 5 November 2016 dan dia mesti merupakan hadiah yang x ternilai kepada Angah & Kak Ina .




Aku pun excited sangat bila Mak cakap yang Kak Ina dah bersalin . Ecah lahir seminggu selepas berakhirnya cuti Midsem yang lepas . So, aku bertekad nak balik kampung minggu depannya walaupun pada minggu itu ada SUKEM . Aku sebenarnya incharge dalam group Jamuan Sekretariat Sukan KKM . Tapi disebabkan dalam group tu ramai ahli, aku pun balik laa. Hehe .

Disebabkan aku ni anak bongsu darpada 4 org adik beradik dan aku seorang je yang perempuan, so agak awkwardlah bila ada baby baru dalam hidup aku ni .